Saturday, April 30, 2011

Pelaburan Emas Secara Pembelian emas PG, PD, SE, Emas Bumi, emas jongkong/ syiling di kedai barang kemas dan sebagainya

Dikala ini terdapat berbagai-bagai produk emas yang ditawarkan misalnya emas bumi (emas dari sumber carian/ galian) mahupun emas dalam bentuk jongkong dan syiling misalnya emas Public Gold, Serambi Emas dan sebagainya. Perniagaan emas/ dealer emas dalam bentuk fizikal lebih tertumpu untuk mengaut keuntungan secara perdagangan emas berbanding menyimpan emas sebagai suatu aset.

Kebaikan:

  • Menawarkan kemudahan untuk memiliki emas fizikal dalam 1g, 5g, 10gram, 20 gram dan seterusnya........
  • Secara amnya nilai emas adalah mengikut pasaran dunia tetapi terdapat juga syarat tambahan yang khusus oleh pembekal.
  • Terdapat juga peluang untuk menjadi dealer emas jika membeli emas dengan kadaran kuantiti/ harga tertentu, misalnya sengan pelaburan sebanyak 20k serta mempunyai sistem pembayaran untuk dealer dengan kaedah tertentu
Keburukan:
  • Secara amnya, keuntungan dealer lebih tertumpu kepada untung melalui jualan dealer dan bercorak seperti mendapat komisen atas jualan. Justeru lebih sesuai kepada individu yang bersikap sosial dan mempunyai banyak kenalan/ networking.
  • Tiada jaminan di pihak kerajaan contohnya tiada jaminan PIDM.
  • kadangkala syarikat menetapkan syarat-syarat yang tidak menguntungkan, misalannya hanya setuju membeli semula dengan harga ketika jual.
  • mengenakan caj pengurangan harga bila dokumen kertas pengesahan emas tersebut tidak disertakan/ hilang.
  • Emas dari hasil bumi memerlukan kemahiran pembeli untuk mengesahkan ketulenan.
  • Kedai emas yang menjual emas jongkong/ syiling misalnya Poh Kong/ Habib mungkin membeli semula dengan harga 10% lebih rendah berbanding harga pasaran semasa. Manakala kedai emas kecil-kecilan pula mungkin tidak membeli semula dengan cash, sebaliknya menawarkan pertukaran dengan produk emas lain atau memberi diskaun kepada produk emas lain.
  • Risiko kecurian/ jenayah ketika mengambil stok bahkan juga ketika menyimpan.
  • Kebiasaannya dijual lebih tinggi berbanding harga pasaran kerana emas jongkong/ syiling dijual dengan ditambah harga upah ketukangan (workmanship).

Friday, April 29, 2011

Pelaburan Emas dengan Membuka Akaun Simpanan Emas di bank


Buat masa ini Maybank dan Public Bank menawarkan kemudahan ini.

Kebaikan menyimpan dengan cara membuka akaun simpanan emas di bank:
  • Selamat : Risiko keselamatan yang tinggi kerana emas fizikal tidak disimpan di rumah.
  • Nilai emas diikat (pegged) kepada nilai emas antarabangsa.
  • Boleh dijual semula mengikut harga belian semasa oleh pihak bank.
  • Penyimpan mendapat untung melalui cara, Untung = harga belian oleh bank mengikut kadar semasa - harga jualan oleh bank ketika belian.
  • Tiada upah simpanan oleh pihak bank.
  • Harga emas yang agak rendah, kerana tiada kos upah (workmanship) membuat jongkong/ syiling, dsb.nya dikenakan kepada penyimpan.
Keburukan:
  • Tiada dividen atau bonus tahunan, transaksi/ keuntungan berlangsung mengikut perubahan harga dalam pasaran.
  • Bergantung kepada harga pasaran emas.
  • Tidak semua cawangan bank menawarkan kemudahan ini.
  • Perlu mematuhi syarat-syarat tambahan pihak bank, misalnya berkenaan simpanan minimum.
  • Tidak/ belum mendapat perlindungan PIDM.

Rujukan:
  • http://donavanos.blogspot.com/2009/10/simpanan-gold-saving-di-maybank-dan.html
  • http://www.adisurya.com/sembang/akaun-simpanan-emas-maybank.html
  • http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/764-hukum-akaun-pelaburan-emas-di-bank-malaysia.html
  • http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/personalDetail04.do?channelId=INV-Investment&cntTypeId=0&cntKey=INV03.02&programId=INV03-Gold&chCatId=/mbb/Personal/INV-Investment
  • https://www.pbebank.com/en/en_content/personal/investments/gold.html
  • http://ujangjolobu.blogspot.com/2010/12/sudahkah-anda-mempunyai-simpanan-emas.html



Monday, April 25, 2011

Relay

Relay, buku teks bahasa melayu byk menggunakan perkataan geganti. Sebenarnya dalam istilah mudah ialah suis. Tapi suis ini bukan suis biasa sbb suis biasa tamatan input dengan output bersambung menerusi sentuhan bahan konduktor. Tapi bagi relay tiada sentuhan berlaku, sebaliknya pensuisan berlaku disebabkan tarikan oleh medan magnet yang terhasil. Kesimpulan:
1. Jika tiada sentuhan fizikal antara terminal input output bermaksud ianya lebih selamat, terutamanya jika terminal output bersambung pada alat elektrik dengan amp/ nilai besar.

Pelaburan ASB

ASB ialah pelaburan yang selamat dan dijamin kerajaan. Kalau seseorang mempunyai cash yang banyak bolehlah individu tersebut terus melabur dan mendapatkan dividen dan bonus apabila diumukan pada akhir tahun. Bagi yang tak berkemampuan, mungkin ada cara lain untuk memperoleh manfaat menerusi pelaburan ASB ini, mungkin caranya menerusi ASB loan yang popular dan dipelopori oleh 3 bank berikut: Maybank, CIMB, RHB.
Love this option
  • itu masa
  • masa ini
  • bagaimana
Jika pelaburan dibuat secara loan, dividen yang diperoleh pada akhir setiapt ahun kewangan boleh digunakan untuk pembayaran ansuran loan yang dibuat. Tambahan pula bank pada masa ini menawarkan tempoh ansuran yang panjang hingga ke 25 tahun yang menyebabkan kadar ansuran bulanan seolah-olah tertanggung oleh dividen pada akhir tahun kewangan. Oleh itu peminjam seolah-olah hanya membayar pinjaman tahun pertama sahaja, dan menambah amaun yang kurang untuk tahun-tahun yang akan datang. Namun begitu, hal ini bukanlah hak mutlak pelabur ASB, sebaliknya bergantung kepada keadaan ekonomi. Namun begitu ianya dipantau (diregulisasi) oleh bank Negara melalui kawalan nilai BLR (Kadar Asas Pinjaman) bank.

di sini disenaraikan beberapa kebaikan ASB
  • Risiko rendah.
  • Peluang kepada bumiputera untuk membuat pelaburan individu sehingga 200k.
  • Loan ASB daripada bank-bank kebiasaannya dilindung oleh PIDM.
  • Memupuk sifat menabung.
  • Cara penyimpanan untuk hari tua.
  • Jika simpanan ASB melalui loan, kemudahan bank melindungi tempoh pinjaman dengan insurans/ takaful yang mana kegagalan membuat ansuran disebab hilang upaya kekal/ kematian ditanggung oleh insurans/takaful dan keseluruhan simpanan beserta faedah diserahkan kepada waris.
  • Terdapat kaedah pinjaman Islamik dan juga konvensional.
  • dilindungi PIDM

Sejarah Prestasi Emas


Emas sebagai suatu pelaburan semakin menjadi popular dikala ini.
Tapi untuk mengetahui sejarah nilai emas sejak tahun 1900 masihi, berikut disertakan Graf Nilai emas yang diperolehi sumber yang dinyatakan (
http://www.worldgameofeconomics.com/).




>1 oz = 31.1034768 grams

Pelaburan melalui emas memerlukan seorang yang arif mengenai trend turun naik prestasi emas. Jika dia melakukan penjualan pada ketika harga sedang optimum dan membeli ketika harga minimum, dia akan memperoleh faedah yang paling besar. tetapi, jika individu itu bercadang untuk mendapatkan laba besar menerusi kaedah beli-jual, beli-jual secara berterusan /singkat hal ini mungkin tidak berlaku. Kita lihat contoh mudah senario berikut:

Contoh 1: Kes cubaan memperoleh untung Cepat secara Jual-Beli, jual-beli dalam tempoh masa yang tak berapa panjang


1. Beli emas 85gram 5 tahun lepas.
2. Jual 85 gram hari ini; dapat untung; harga hari ini- harga 5 thn lepas.
Nota: Untuk dapat untung, kena yang sama (step 1 dan 2).
3. Beli emas 85 gram, katalah 6 bulan selepas hari ini.
4. Jual 85 gram 5 thn akan datang. Untung = harga 85gram 5 thn akan datang - harga 85 gram 6 bln lepas hari ini.

Tetapi untuk beli emas pada (3) kena laburkan kesemua duit yang dpt ketika (2) atau silap-silap kena tambah sedikit untuk menampung pertambahan harga emas sepanjang 6 bln tu.


Jadi, bilamasa dpt simpan keuntungan?

Nota: kenapa 85gram? sbb sumber mengatakan 85 gram ialah suatu angka mudah yang sesuai dijadikan contoh, yang mana 85gram ialah nilai minimum bagi simpanan untuk mulai dikenakan zakat simpanan emas (cukup haul). Bermaksud emas simpanan yang kurang dari 85 gram tidak dikenakan zakat. Tempoh masa kiraan tahun adalah mengikut kalendar Islam.

Contoh 2: Kes yang paling memberi keuntungan kepada orang kebanyakan:

1- Katalah seseorang membeli emas pada thn 2010 dan tidak bercadang dapat faedah segera.
2- 20 thn kemudian (thn 2030), jika dia masih hidup, dia mungkin dapat menikmati pulangan (jika dia tidak bercadang nak melabur semula secara beli emas selepas jual aset emas yang dia sedia ada pada thn 2030, kalau bercadang, time nak beli terpaksalah pula beli ikut harga thn 2030 yakni, serupa dia tak payah menjual, So untung = harga thn 2030-harga 2010).
3- Jika dia bercadang mewariskan emas kepada keturunan pada thn 2030, maka dapatkah warisnya merasa nikmat pemberian hasil jimat cermat org terdahulu).

Nota: kes ini bukan bagi yang tergolong sbg dealer emas.

Kebaikan emas

Berikut disenaraikan kebaikan-kebaikan yang mungkin dapat diberi oleh pelaburan emas:

  1. Sunnah nabi.
  2. Kalis inflasi.
  3. Boleh didagangkan/ diguna di mana-mana ketika darurat.
  4. Kurang dipengaruhi oleh ekonomi berbanding mata wang.



Pendawaian Domestik























Istilah domestik dengan bekalan 240V adalah merujuk kepada bekalan yang sama di Malaysia.
namun ada juga rumah kediaman besar/ kedai yang menggunakan bekalan 3 fasa.


Kotak pada rajah diatas dipanggil Distribution Board dan ianya (dibaca gambar tsbt dr kiri ke kanan) terdiri daripada:

1- Main Switch.
2-ELCB (earth leakage Circuit Breaker) - Penyambung kebocoran ke elektrod bumi yang ditanam dalam tanah.
3-Miniaturize Circuit Breaker (MCB).




MCB ada banyak rating:


Sebagai contoh:


1-C6 digunakan untuk pendawaian lampu.
2-C16 atau C32 untuk SAK (soket alur keluar) atau kata omputehnya Socket outlet.
Selain itu boleh juga dilakukan pendawaian secara litar gelang dengan syarat keluasan tak > 100m persegi.

kalau ada alat lain seperti aircon dsbnya, kena guna MCB yang berasingan.