Kebaikan:
- Menawarkan kemudahan untuk memiliki emas fizikal dalam 1g, 5g, 10gram, 20 gram dan seterusnya........
- Secara amnya nilai emas adalah mengikut pasaran dunia tetapi terdapat juga syarat tambahan yang khusus oleh pembekal.
- Terdapat juga peluang untuk menjadi dealer emas jika membeli emas dengan kadaran kuantiti/ harga tertentu, misalnya sengan pelaburan sebanyak 20k serta mempunyai sistem pembayaran untuk dealer dengan kaedah tertentu
- Secara amnya, keuntungan dealer lebih tertumpu kepada untung melalui jualan dealer dan bercorak seperti mendapat komisen atas jualan. Justeru lebih sesuai kepada individu yang bersikap sosial dan mempunyai banyak kenalan/ networking.
- Tiada jaminan di pihak kerajaan contohnya tiada jaminan PIDM.
- kadangkala syarikat menetapkan syarat-syarat yang tidak menguntungkan, misalannya hanya setuju membeli semula dengan harga ketika jual.
- mengenakan caj pengurangan harga bila dokumen kertas pengesahan emas tersebut tidak disertakan/ hilang.
- Emas dari hasil bumi memerlukan kemahiran pembeli untuk mengesahkan ketulenan.
- Kedai emas yang menjual emas jongkong/ syiling misalnya Poh Kong/ Habib mungkin membeli semula dengan harga 10% lebih rendah berbanding harga pasaran semasa. Manakala kedai emas kecil-kecilan pula mungkin tidak membeli semula dengan cash, sebaliknya menawarkan pertukaran dengan produk emas lain atau memberi diskaun kepada produk emas lain.
- Risiko kecurian/ jenayah ketika mengambil stok bahkan juga ketika menyimpan.
- Kebiasaannya dijual lebih tinggi berbanding harga pasaran kerana emas jongkong/ syiling dijual dengan ditambah harga upah ketukangan (workmanship).