Monday, April 25, 2011

Pelaburan ASB

ASB ialah pelaburan yang selamat dan dijamin kerajaan. Kalau seseorang mempunyai cash yang banyak bolehlah individu tersebut terus melabur dan mendapatkan dividen dan bonus apabila diumukan pada akhir tahun. Bagi yang tak berkemampuan, mungkin ada cara lain untuk memperoleh manfaat menerusi pelaburan ASB ini, mungkin caranya menerusi ASB loan yang popular dan dipelopori oleh 3 bank berikut: Maybank, CIMB, RHB.
Love this option
  • itu masa
  • masa ini
  • bagaimana
Jika pelaburan dibuat secara loan, dividen yang diperoleh pada akhir setiapt ahun kewangan boleh digunakan untuk pembayaran ansuran loan yang dibuat. Tambahan pula bank pada masa ini menawarkan tempoh ansuran yang panjang hingga ke 25 tahun yang menyebabkan kadar ansuran bulanan seolah-olah tertanggung oleh dividen pada akhir tahun kewangan. Oleh itu peminjam seolah-olah hanya membayar pinjaman tahun pertama sahaja, dan menambah amaun yang kurang untuk tahun-tahun yang akan datang. Namun begitu, hal ini bukanlah hak mutlak pelabur ASB, sebaliknya bergantung kepada keadaan ekonomi. Namun begitu ianya dipantau (diregulisasi) oleh bank Negara melalui kawalan nilai BLR (Kadar Asas Pinjaman) bank.

di sini disenaraikan beberapa kebaikan ASB
  • Risiko rendah.
  • Peluang kepada bumiputera untuk membuat pelaburan individu sehingga 200k.
  • Loan ASB daripada bank-bank kebiasaannya dilindung oleh PIDM.
  • Memupuk sifat menabung.
  • Cara penyimpanan untuk hari tua.
  • Jika simpanan ASB melalui loan, kemudahan bank melindungi tempoh pinjaman dengan insurans/ takaful yang mana kegagalan membuat ansuran disebab hilang upaya kekal/ kematian ditanggung oleh insurans/takaful dan keseluruhan simpanan beserta faedah diserahkan kepada waris.
  • Terdapat kaedah pinjaman Islamik dan juga konvensional.
  • dilindungi PIDM

No comments:

Post a Comment