Monday, April 25, 2011

Sejarah Prestasi Emas


Emas sebagai suatu pelaburan semakin menjadi popular dikala ini.
Tapi untuk mengetahui sejarah nilai emas sejak tahun 1900 masihi, berikut disertakan Graf Nilai emas yang diperolehi sumber yang dinyatakan (
http://www.worldgameofeconomics.com/).




>1 oz = 31.1034768 grams

Pelaburan melalui emas memerlukan seorang yang arif mengenai trend turun naik prestasi emas. Jika dia melakukan penjualan pada ketika harga sedang optimum dan membeli ketika harga minimum, dia akan memperoleh faedah yang paling besar. tetapi, jika individu itu bercadang untuk mendapatkan laba besar menerusi kaedah beli-jual, beli-jual secara berterusan /singkat hal ini mungkin tidak berlaku. Kita lihat contoh mudah senario berikut:

Contoh 1: Kes cubaan memperoleh untung Cepat secara Jual-Beli, jual-beli dalam tempoh masa yang tak berapa panjang


1. Beli emas 85gram 5 tahun lepas.
2. Jual 85 gram hari ini; dapat untung; harga hari ini- harga 5 thn lepas.
Nota: Untuk dapat untung, kena yang sama (step 1 dan 2).
3. Beli emas 85 gram, katalah 6 bulan selepas hari ini.
4. Jual 85 gram 5 thn akan datang. Untung = harga 85gram 5 thn akan datang - harga 85 gram 6 bln lepas hari ini.

Tetapi untuk beli emas pada (3) kena laburkan kesemua duit yang dpt ketika (2) atau silap-silap kena tambah sedikit untuk menampung pertambahan harga emas sepanjang 6 bln tu.


Jadi, bilamasa dpt simpan keuntungan?

Nota: kenapa 85gram? sbb sumber mengatakan 85 gram ialah suatu angka mudah yang sesuai dijadikan contoh, yang mana 85gram ialah nilai minimum bagi simpanan untuk mulai dikenakan zakat simpanan emas (cukup haul). Bermaksud emas simpanan yang kurang dari 85 gram tidak dikenakan zakat. Tempoh masa kiraan tahun adalah mengikut kalendar Islam.

Contoh 2: Kes yang paling memberi keuntungan kepada orang kebanyakan:

1- Katalah seseorang membeli emas pada thn 2010 dan tidak bercadang dapat faedah segera.
2- 20 thn kemudian (thn 2030), jika dia masih hidup, dia mungkin dapat menikmati pulangan (jika dia tidak bercadang nak melabur semula secara beli emas selepas jual aset emas yang dia sedia ada pada thn 2030, kalau bercadang, time nak beli terpaksalah pula beli ikut harga thn 2030 yakni, serupa dia tak payah menjual, So untung = harga thn 2030-harga 2010).
3- Jika dia bercadang mewariskan emas kepada keturunan pada thn 2030, maka dapatkah warisnya merasa nikmat pemberian hasil jimat cermat org terdahulu).

Nota: kes ini bukan bagi yang tergolong sbg dealer emas.

Kebaikan emas

Berikut disenaraikan kebaikan-kebaikan yang mungkin dapat diberi oleh pelaburan emas:

  1. Sunnah nabi.
  2. Kalis inflasi.
  3. Boleh didagangkan/ diguna di mana-mana ketika darurat.
  4. Kurang dipengaruhi oleh ekonomi berbanding mata wang.



No comments:

Post a Comment