Saturday, April 30, 2011

Pelaburan Emas Secara Pembelian emas PG, PD, SE, Emas Bumi, emas jongkong/ syiling di kedai barang kemas dan sebagainya

Dikala ini terdapat berbagai-bagai produk emas yang ditawarkan misalnya emas bumi (emas dari sumber carian/ galian) mahupun emas dalam bentuk jongkong dan syiling misalnya emas Public Gold, Serambi Emas dan sebagainya. Perniagaan emas/ dealer emas dalam bentuk fizikal lebih tertumpu untuk mengaut keuntungan secara perdagangan emas berbanding menyimpan emas sebagai suatu aset.

Kebaikan:

  • Menawarkan kemudahan untuk memiliki emas fizikal dalam 1g, 5g, 10gram, 20 gram dan seterusnya........
  • Secara amnya nilai emas adalah mengikut pasaran dunia tetapi terdapat juga syarat tambahan yang khusus oleh pembekal.
  • Terdapat juga peluang untuk menjadi dealer emas jika membeli emas dengan kadaran kuantiti/ harga tertentu, misalnya sengan pelaburan sebanyak 20k serta mempunyai sistem pembayaran untuk dealer dengan kaedah tertentu
Keburukan:
  • Secara amnya, keuntungan dealer lebih tertumpu kepada untung melalui jualan dealer dan bercorak seperti mendapat komisen atas jualan. Justeru lebih sesuai kepada individu yang bersikap sosial dan mempunyai banyak kenalan/ networking.
  • Tiada jaminan di pihak kerajaan contohnya tiada jaminan PIDM.
  • kadangkala syarikat menetapkan syarat-syarat yang tidak menguntungkan, misalannya hanya setuju membeli semula dengan harga ketika jual.
  • mengenakan caj pengurangan harga bila dokumen kertas pengesahan emas tersebut tidak disertakan/ hilang.
  • Emas dari hasil bumi memerlukan kemahiran pembeli untuk mengesahkan ketulenan.
  • Kedai emas yang menjual emas jongkong/ syiling misalnya Poh Kong/ Habib mungkin membeli semula dengan harga 10% lebih rendah berbanding harga pasaran semasa. Manakala kedai emas kecil-kecilan pula mungkin tidak membeli semula dengan cash, sebaliknya menawarkan pertukaran dengan produk emas lain atau memberi diskaun kepada produk emas lain.
  • Risiko kecurian/ jenayah ketika mengambil stok bahkan juga ketika menyimpan.
  • Kebiasaannya dijual lebih tinggi berbanding harga pasaran kerana emas jongkong/ syiling dijual dengan ditambah harga upah ketukangan (workmanship).

No comments:

Post a Comment